Rabu, 24 April 2013

Bagaimana menggunakan PHP script. Kini pembelajaran lebih berkesan dengan Video Tutorial

Rakan yang dihormati sekalian,
Saya telah melibatkan diri lebih 15 tahun dalam bidang pengaturcaraan komputer setelah mula mendapat pendidikan awal Degree in Computer Science. Setelah sekian lama berkhidmat sebagai Software Engineer (C, VB & PHP programming), kini menjalankan perniagaan sepenuh masa di internet. Mula mencuba PHP script sejak beberapa tahun lalu kerana minat.

Atas permintaan rakan-rakan, akhirnya saya terpanggil untuk berkongsi serta mengajar anda semua dengan cara yang paling MUDAH difahami. Inilah sumbangan saya untuk membantu anda semua. Anda tidak perlu mengambil masa bertahun untuk belajar bahasa skrip ini. Sebenarnya ia amat mudah difahami. Apa yang lebih penting, dengan panduan yang diberikan, anda pasti seronok dengan internet programming.
Ramai yang telah datang untuk belajar / kursus PHP dengan saya secara personal. Apa yang membanggakan saya, mereka mampu membina sistem database sendiri walaupun TIADA basic sebelum ini.
Jadi sama ada anda seorang newbie atau profesional, anda perlukan mengetahui serba sedikit bagaimana skrip PHP ini berfungsi. Tetapi anda bertuah kerana dalam pakej ini saya akan menunjukkan anda langkah demi langkah bermula dari installation sehingga anda mampu menyediakan sistem pengkalan data secara online! Apa yang lebih menarik, segalanya ditunjukkan dalam video tutorial. Sebagai rujukan, tutorial bertulis juga disediakan. Memang HEBAT!

Kenapa perlu memamahi Asas PHP dan MySQL ?

PHP merupakan satu bahasa skrip yang paling banyak digunakan pada ketika ini. Kajian dari NetCraft menunjukkan bahawa angka 52juta (70.9%) pengguna menggunakan PHP sebagai bahasa prorgamming. Apa yang menarik sangat tentang PHP ini?
Terdapat banyak kelebihan mempunyai pengetahuan asas di dalam pembangunan laman web dinamik menggunakan PHP dan MySQL:
- Anda boleh membina atau mengubah laman web dinamik sendiri.
- Menyiapkan Final Project / Sistem Online di tempat kerja anda.
-
 Mengurangkan kos bagi mengupah programmer. Jika perlu, hubungi saya :)
- Memberikan anda pengetahuan dan kemahiran hebat dalam membina sistem pengkalan data sendiri atau laman web dinamik.

- Membina lebih banyak web perniagaan sendiri di internet

Tidak ada komentar:

Posting Komentar